Setiap kali di ranjang, pasti ada sahaja pasangan yang akan tewas awal. Kebanyakan kes sebegini akan berlaku kepada suami di mana isteri masih belum puas selepas melakukan hubungan seks sedangkan suami sudah lena dibuai mimpi setelah penat beraksi. Ini kerana wanita sememangnya lebih sukar untuk mencapai orgasma berbanding lelaki. Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh si suami demi klimaks si isteri? Sila ikuti artikel ini demi mengetahui teknik yang perlu suami lakukan untuk buat isteri klimaks.
Kesilapan suami dalam usaha buat isteri klimaks
Meskipun ia tidak semestinya salah lelaki, namun tanggungjawab dalam memastikan hubungan seks yang memuaskan terletak di bahu suami. Ini kerana si suami adalah nakhoda kapal, manakala si isteri pula cuma seorang penumpang yang hanya mengikut sahaja getaran dan hayunan ombak yang menghambat kapal itu.Jadi, anda sebagai suami tidak perlu bersikap ego dan ambil tahu di mana silap anda dalam melayan isteri!Menurut pengarang buku bertajuk “The Case of the Female Orgasm”, Elisabeth Lloyd, kira-kira 30% lelaki beranggapan bahawa penetrasi zakar merupakan cara yang paling bagus untuk bikin wanita klimaks. Ini adalah persepsi yang sama sekali tidak tepat dan perlu diubah dalam kadar segera.Menurut beliau lagi, wanita yang mencapai orgasma bersama pasangan mereka akan lebih cenderung menghargai hubungan mereka. Sebenarnya, klimaks boleh dicapai dengan pelbagai cara berbeza mengikut keinginan wanita itu sendiri. Pun begitu, ada satu pedoman yang boleh lelaki gunakan iaitu, golden trio.
Menurut kajian bersama yang dilakukan oleh Chapman University, Indiana University dan Kinsey Institute terhadap 52,000 individu berusia di antara 18 hingga 65 tahun di Amerika, klimaks wanita sebenarnya bergantung kepada tiga kunci utama atau lebih dikenali sebagai golden trio.
Seks oral
Kucupan hangat
Rangsangan klitoris
No comments:
Post a Comment