Hubungan seks ketika bulan puasa bagi suami isteri bukanlah perkara yang dilarang. Namun, mestilah ada aturan tertentu yang harus diikut, kan?
Salah satunya ialah seks ketika bulan puasa tidak boleh dilakukan pada waktu siang. Aturan tentang hubungan seks ini telah diterangkan dalam al-Qur'an, yakni dalam surah
Al-Baqarah ayat 187 yang berbunyi:
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka.
Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.
Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid.
Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.
Ayat di atas jelas menyentuh tentang hubungan seks ketika bulan puasa, di mana suami isteri haruslah melakukannya di malam hari.
Tapi, apa pandangan pakar psikologi mengenai hal ini?
Menurut pakar, ini waktu yang tepat untuk melakukan seks ketika bulan puasa.
6 tips berguna untuk melakukan seks ketika bulan puasa
1. Niat sebagai ibadah
Di bulan Ramadhan, setiap amalan yang diniat sebagai ibadah akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Begitu juga dengan hubungan jimak suami isteri. Lipat gandakan pahala anda dengan berniat melakukan hubungan intim ini sebagai ibadah dan bukannya untuk melampiaskan nafsu semata-mata.
2. Jangan buat di siang hari
Larangan yang harus diikut oleh umat Islam selama berpuasa ialah tidak makan, minum serta berhubungan intim di siang hari. Jika anda mahu mengalihkan perhatian, cuba tambah pahala puasa anda dengan membaca al-Qu'ran mahupun melakukan solat sunat.
3. Berusaha memahami pasangan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Memahami keperluan pasangan adalah salah satu cara untuk anda memperoleh keberkatan itu.Jika pasangan tidak ghairah untuk bersenggama, cubalah faham dan jangan memaksnya.
4. Mandi wajib dengan air panas
seks ketika bulan puasa, bersetubuh di bulan puasa, seks ketika puasa, seks di bulan puasa, seks di bulan ramadhan, bulan ramadhan, bulan ramadan, Anda wajib mandi junub atau mandi wajib selepas melakukan hubungan seks. Mandi wajib diklasifikasi sebagai membersihkan tubuh dari hadas besar.Mandi wajib dengan air panas boleh membantu membuatkan tubuh kembali segar dan anda boleh bersedia untuk solat.
5. Atur masa dengan bijak
Anda harus menghargai masa ketika di bulan puasa. Bincang dengan pasangan waktu yang terbaik untuk melakukan hubungan intim bila.Adakah lepas berbuka puasa, selepas solat terawih atau ketika waktu sahur?
6. Makan makanan yang berkhasiat
Untuk tubuh anda kekal fit dan bertenaga sepanjang berpuasa, makanlah makanan yang berkhasiat ketika berbuka atau ketika sahur.Makanan yang berkhasiat dan seimbang mampu membantu mengekalkan tubuh anda agar kekal sihat. Jangan lupa buat senaman ringan ketika ingin berbuka ya!
Perkongsian ilmu oleh :
*http://www.wasap.my/+60135237966/hai_ijal*
Atau
*http://www.wasap.my/+60142516376/NakUrut*
Save no ijal ni...
Pape senang...
Ikhlas drpd..
Rosman Rizal Urut
No comments:
Post a Comment