Jawapan ringkasnya adalah YA, ianya normal, namun jawapan panjang untuk mengapa dan adakah ianya normal untuk ada bulu sekitar lubang dubur ada dalam keseluruhan artikel ini.
Menjadi seseorang yang peka terhadap tubuh badan dan penampilan diri akan membawa anda kepada pelbagai soalan tentang fizikal yang anda miliki. Antara subjek yang kerap menjadi soalan anda adalah ketumbuhan bulu atau rambut – bila di wajah, anda tertanya-tanya mengapa anda memiliki kening bersambung atau bulu-bulu pada wajah; bila di kepala, anda puas memikirkan mengapa rambut anda mula gugur pada usia muda atau mengapa rambut anda sudah beruban; namun soalan berkaitan bulu yang mungkin pernah melintasi minda anda tetapi jarang diutarakan adalah ‘Mengapa ada bulu di sekitar lubang dubur saya?”
Jangan risau, sains mungkin ada jawapannya. Punggung dipisahkan oleh pembahagian yang dikenali sebagai intergluteal cleft (rekahan antaran otot gluteus). Hampir semua orang mungkin pernah perasan bahawa adanya bulu sekitar lubang dubur ketika mereka mandi atau membuang air besar. Pertumbuhan bulu-bulu ini dikenali sebagai perianal hair (bulu sekitar anus/lubang dubur) namun tiada orang yang betul-betul tahu mengapa anda mempunyainya. Terdapat teori evolusi yang mengetengahkan pendapat bahawa mengapa ianya wujud adalah kerana tiada tekanan evolusi yang menghalang pertumbuhannya – bermaksud, kita berupaya untuk membiak, hidup dan mencari makanan tanpa diganggu olehnya. Ianya mungkin dikira sebagai ciri-ciri yang tidak cerdas (unintelligent design).
Bagaimanapun, itu bukanlah jawapan menarik yang mampu memuaskan rasa ingin tahu anda, kan? Justeru, pengkaji mengetengahkan beberapa lagi teori antaranya adalah peranannya dalam komunikasi bau. Sepanjang evolusi spesis manusia, komunikasi melalui bau telah memainkan banyak peranan, sama ada wangi dan menyenangkan, atau busuk dan menjengkelkan. Ini adalah sebab mengapa kita ada bulu di kawasan yang menghasilkan bau seperti ketiak dan kawasan kemaluan. Bulu dan rambut di sini memegang rembesan-rembesan kulit yang berminyak atau bersebum, yang mempunyai baunya yang tersendiri selain dihadam dan dicerna oleh bakteria di kawasan permukaan kulit yang menghasilkan bau tambahan yang lain. Memandangkan kita mempunyai kompaun kimia dan juga taburan spesis bakteria yang berbeza pada kulit masing-masing, bau kita juga berbeza. Bulu sekitar lubang dubur mungkin ciri yang digunakan oleh nenek moyang purba kita dalam komunikasi bau.
Penjelasan evolusi seterusnya yang dimainkan oleh bulu sekitar lubang dubur (merupakan penjelasan yang diterima pakai dan paling popular) adalah ianya mengurangkan kesan geseran antara dubur kiri dan kanan. Geseran boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan seterusnya, jangkitan. Dalam kes ini, bulu sekitar lubang dubur anda mungkin memainkan peranan sebagai lapisan perlindungan yang, apabila ditambah dengan rembesan minyak dan sebum, membentuk pelinciran geseran antara dubur kiri dan kanan.
Namun yang demikian, perlu diingati bahawa tiada kajian pernah dilakukan untuk memastikan teori-teori ini dan bukan setiap genap tubuh badan kita mempunyai fungsi evolusi sendiri.
Sumber maklumat utama : hellodoktor.com
No comments:
Post a Comment