Saturday, 11 April 2020

bulu dubur lelaki...cara nak buangnya..

Anda BANYAK Bulu Dubur? Jangan Risau, Ini Cara Betul Membuangnya!

Di saat anda klik pautan artikel ni, mesti anda sedang sakit perut menahan ketawa bukan? Ya, tajuknya memang sangat lucu. Masa penulis buat kajian untuk menulis artikel ni pun, rasa macam mahu gelak sahaja di depan komputer riba ini. Berbalik kepada topik, tahukah anda bahawa memang terdapat cara buang bulu dubur yang betul? Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini!

Normal atau tidak ada bulu dubur?

Sebelum itu, kita semua perlu tahu dulu perkara yang paling penting ini. Jawapannya adalah ya, ia memang normal untuk individu mempunyai bulu pada dubur. Jadi, usah anda berasa keseorangan. Cuma, jangan sampai ia jadi hutan belantara pula. Ini dia teknik yang anda boleh lakukan untuk membuangnya:

#1. Shaving

Anda boleh mencukurnya dengan cara paling biasa iaitu mencukurnya menggunakan pencukur. Disebabkan ruang pada lubang dubur sangat kecil dan memang sukar untuk melihat dan mencapai kawasan yang hendak dicukur, anda perlu lebih berhati-hati. Berikut adalah langkah-langkahnya:

Basuh lubang dubur menggunakan air dan sabun

Sapu krim atau gel pencukur pada kawasan tersebut

Angkat sebelah kaki dan rehatkannya pada tempat yang lebih tinggi serta kering (supaya tidak tergelincir)

Guna sebelah tangan untuk menarik pipi punggung agar lubang dubur lebih terdedah

Cukur dengan cermat dan perlahan menggunakan mata pisau pencukur yang tajam

Bilas sehingga diyakini bersih dan keringkan

#2. Waxing

Teknik ini akan membantu anda menarik keluar bulu pada dubur sehingga ke akarnya. Jadi, ia akan memakan masa yang lebih lama untuk tumbuh – sekitar 2 ke 4 minggu. Ia agak sukar untuk dilakukan melainkan anda mengupah pakar untuk melakukannya bagi pihak anda. Namun, ia masih boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah langkah-langkahnya:

Mandi dan basuh lubang dubur menggunakan air suam

Pastikan panjang bulu dubur berukuran sekitar 1/4 inci. Jika lebih panjang, potong ia dengan gunting kecil terlebih dahulu

Sapu natural wax di kawasan tersebut

Tampal waxing cloth atau muslin strip di kawasan tersebut

Tunggu sehingga beberapa saat untuk wax mengeras
Cabut ia dengan cara menyentap untuk menarik keluar bulu dubur sehingga ke akarnya

#3. Krim membuang bulu

Kini, sudah banyak krim membuang bulu dijual di pasaran, bukan? Ia adalah terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak. Ini kerana ia mungkin akan mengakibatkan alahan atau iritasi pada bahagian kulit yang disapu. Jadi, dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

Kesimpulannya

Kesimpulannya, memang terdapat cara yang betul untuk membuang bulu dubur sama ada secara kekal atau sementara. Jadi, berhenti ketawa dan gunakan informasi yang bermanfaat ini dalam usaha anda membuang bulu dubur yang mungkin mengganggu keselesaan anda!

*http://www.wasap.my/+60135237966/hai_ijal*

Atau

*http://www.wasap.my/+60142516376/NakUrut*

Save no ijal ni...
Pape senang...

Ikhlas drpd..
Rosman Rizal Urut


Sumber maklumat utama : hellodoktor.com

No comments:

Post a Comment