Saturday, 4 January 2020

perempuan

*NASIHAT TERBAIK UNTUK ISTERI & ANAK2 (perempuan)*

*Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

*Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang rajin solatnya supaya dapat membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

*Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

*Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

*Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

*Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.*

*Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh bagi yang bukan muhrim.*

*Isteri solehah sentiasa berhias dan berwangi wangian untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

*Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

*Perempuan yang bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

*Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah*

*Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

*Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.*

*Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.*

*Wanita yang solehah lebih mahal nilainya daripada lelaki soleh sebab wanita yang solehah sukar ditemui.*

*Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

*Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.*

*Moga bermanfaat*

No comments:

Post a Comment