Assalamualaikum. ..saya RIZAL SHAH URUT BATIN SUNGKAI menyediakan urutan tradisional badan dan batin bg kaum lelaki sahaja.Perkhidmatan in call sahaja.Sekitar slim river, sungkai, bidor dan tapah. Telefon/SMS/Whatsapp : 014-251 6376 atau 013-523 7966
Thursday, 14 November 2019
Makanan yg membantu keutuhan batin
7 Makanan Untuk Tenaga Batin
Makanan tenaga batin bukan sekadar untuk menjadikan hubungan intim antara suami isteri menjadi lebih menarik dan menyeronokkan malah membantu dalam penjagaan kesihatan dalaman wanita dan juga lelaki. Dalam usaha untuk mengekalkan hubungan suami isteri kekal bahagia, salah satu aspek yang perlu dijaga ialah hubungan intim. Oleh itu, komunikasi dan usaha daripada diri anda sendiri adalah penting. Jadi, bagi para isteri atau suami di luar sana yang ingin bermanja dengan pasangan anda, apa kata anda tetapkan mood romantis melalui makanan.
7 makanan yang dapat meningkatkan tenaga batin anda dan pasangan.
1. Bendi
Ramai mungkin akan berasa hairan melihat bendi dalam senarai makanan tenaga batin ini kerana tiada sesiapa pun yang dapat menyangka sayuran seperti bendi mempunyai nutrien atau nilai kesihatan yang baik untuk organ dalaman, terutamanya organ pembiakan. Bendi kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, K, B6, folat, zink, zat besi, potasium yang baik dalam memastikan rahim anda kekal sihat. Selain itu, bendi mengandungi magnesium iaitu sejenis penenang semula jadi yang mampu membuatkan diri anda yang gemuruh menantikan saat romantis bersama pasangan kembali tenang. Untuk memastikan khasiat-khasiat ini kekal dalam bendi yang dimasak untuk makan malam romantis anda itu, kukus bendi dan perah sedikit jus lemon di atas.
2. Tongkat ali
Siapa yang tidak tahu tentang khasiat tongkat ali dan khasiat batinnya? Tongkat ali merupakan sejenis herba berkayu yang dikenali sebagai Viagra Malaysia iaitu ubat batin yang berkesan untuk kaum Adam. Kebaikan tongkat ali ini adalah dari segi pemberian stamina dan tenaga selain meningkatkan tahap hormon testeron untuk memastikan tubuh badan anda (yang lelaki sahaja kekal sihat). Tambahan pula, tongkat ali juga sesuai untuk dimakan bagi golongan yang menghidap penyakit malaria, tekanan darah tinggi, demam dan penat badan. Untuk hasil yang lebih berkesan, pastikan anda makan akar tongkat ali yang sebenar dan bukannya dipaketkan.
3. Kayu manis
Kayu manis, atau cinnamon, adalah sejenis rempah yang lazimnya digunakan dalam masakan berkari atau masakan India. Kayu manis diguna pakai dalam masakan kerana sifat rempah ini yang mengurangkan kepedihan ulu hati atau keasidan dalam perut di samping membawa kadar kandungan gula dalam darah pada tahap normal Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu kayu manis membawa manfaat dalam hubungan intim anda.
Salah satu sebab kayu manis dikelaskan sebagai sejenis rempah adalah disebabkan sifat kayu manis itu sendiri yang dapat memanaskan badan dan apabila badan panas, keinginan anda untuk bersama yang tersayang juga semakin tinggi. Jadi, apabila anda ingin menetapkan mood romantis, jangan lupa untuk hidangan kari yang mengandungi kayu manis ini tapi pastikan dahulu kayu manis yang asli bukan kulit kayu akasia atau cassia kerana banyak dipasaran sekarang adalah cassia kerana harganya yang murah.
4. Bawang Putih
Apa yang seksi tentang bawang putih? Sudahlah berbau, rasa pun kuat sangat jadi, bagaimana boleh dikelaskan sebagai salah satu makanan tenaga batin? Walaupun bawang putih ini langsung tidak mencerminkan elemen hubungan intim yang wujud antara pasangan suami isteri, tetapi bawang putih mengandungi enzim yang dipanggil alisin yang melancarkan peredaran darah.
Jadi, kaum Adam, ingat ya, semakin lancar peredaran darah anda, semakin bahagia pasangan anda nanti. Jadi, janganlah teragak-agak untuk menyediakan makanan yang mengandungi bawang putih sebelum menjadi intim dengan pasangan anda. Selepas itu, anda boleh berus gigi dan hilangkan bau bawang yang kurang menyenangkan tersebut.
5. Cili
Seperti rempah, cili juga boleh membuatkan udara di sekitar anda dan pasangan anda cukup panas. Di samping itu, cili juga mempunyai manfaat batin lain yang menyebabkan bahan ini layak disenaraikan dalam artikel ini. Cili mengandungi satu kompaun aktif yang dipanggil kapsaikin yang memberikan rasa pedas dan pedih pada cili. Bahan ini juga merangsang pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia dalam badan yang membuatkan anda berasa gembira dan dalam keadaan yang positif.
Selain itu, cili juga melancarkan peredaran darah anda dan membuatkan jantung anda mengepam darah 2 kali ganda banyak sehingga menyebabkan anda menjadi panas dan berpeluh-peluh. Tambahan pula, cili juga membuatkan kulit anda lebih sensitif dan peka dengan sebarang sentuhan. Pasti anda berasa teruja untuk makan cili sebelum menghabiskan masa intim bersama pasangan anda.
6. Pisang
Pisang sememangnya diketahui sebagai satu sumber tenaga yang berkesan. Ini kerana pisang kaya dengan vitamin B dan potasium yang memberikan anda tenaga dan juga meningkatkan pengeluaran hormon seksual anda. Selain itu, pisang juga mengandungi sejenis enzim iaitu bromelain yang meningkatkan tenaga batin dan memberikan rangsangan seksual yang tinggi. Jadi, jangan lupa untuk beli pisang goreng apabila anda ingin bermanja dengan pasangan.
7. Coklat
Siapa yang tak sukakan coklat? Coklat bukan sahaja sedap dimakan, seronok untuk diterima dan diberi sebagai hadiah malah mempunyai nilai khasiat yang menjadikan bahan ini sejenis makanan tenaga batin yang perlu diambil oleh anda, lebih-lebih lagi oleh kaum hawa. Coklat merangsang pengeluaran bahan kimia feniltilamin yang sama dikeluarkan apabila anda mula-mula jatuh cinta. Jadi, kembalikan kenangan masa baru bercinta bersama pasangan dengan sekotak coklat untuk dikongsi bersama.
Jadi, itulah antara bahan makanan tenaga batin semula jadi untuk anda cuba dan amalkan sebelum menjadi romantis dan bermanja bersama pasangan anda. Hubungan intim bukan sekadar satu aktiviti yang menyeronokkan. Sebaliknya, hubungan intim terjalin untuk mendekatkan lagi dua jiwa yang disatukan dalam satu ikatan perkahwinan yang sah.
#Semoga bermanfaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment