Wednesday, 13 November 2019

Keinginan wanita

5 Sebab Kenapa Saya Perlukan Sentuhan Suami Setiap Malam?

Ketahuilah mengapa wanita yang sudah bergelar isteri perlukan “belaian manja” oleh suami. Fahamilah satu kisah di bawah yang dikongsikan oleh seorang isteri mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau apabila tidak mendapat “belaian” daripada suami.

Pada satu hari ketika membasuh pinggan, saya menyedari bahawa sudah lapan hari saya dan suami tidak bersentuhan diantara satu sama lain. Lapan hari itu adalah tempoh yang agak lama bagi kami tetapi yang merisaukan saya adalah saya tidak rasa menginginkannya atau merinduinya.

Saya tidak merindui disentuh olehnya dan itulah adalah masalah yang terbesar. Jadi, selepas menidurkan anak pada waktu malam, saya menjeling suami saya. Ya, saya memang sangat penat. Tetapi ketika mengeringkan pinggan mangkuk, saya terfikir kenapa dulu saya tidak begitu?.

Saya mendapat inspirasi dengan mengingati kembali mengapa saya perlukan seks dengan suami setiap malam:

1. Ingin Selalu Disentuh
Kebanyakan hari saya dipenuhi dengan bermain anak patung dengan anak, lap makanan bayi yang tertumpah pada baju, tukarkan lampin bayi dan berjalan di taman.

Ya, sayalah tukang masak, tukang bersih, guru dan membersihkan segala jenis kotoran yang menjijikkan tetapi saya juga lebih dari sekadar itu, lebih dari sekadar memainkan peranan-peranan yang tersebut di atas. Saya seorang perempuan! Dan ada potensi yang mendalam bahawa saya hebat dalam mencium juga.

Ia adalah satu perkara yang indah dengan mencari diri sendiri melalui sentuhan orang lain. Terdapat satu benda yang misteri dan tersembunyi apabila saya mencium lelaki yang saya cintai.

2. Ingin Jadikan Suami Seorang “Lelaki”

Jika anda ingin suami anda untuk bertindak seperti seorang lelaki, anda perlulah memandangnya sebagai seorang lelaki. Wanita memerlukan beberapa kriteria pada lelaki untuk menyayanginya tetapi lelaki jauh lebih mudah. Mereka perlu diberi makan, dihargai dan mereka perlukan seks. Itu sahaja.

Jadi, sekali sekala, masakkan untuknya atau pesan makanan diluar. Ucapkan terima kasih kerana membanting tulang bekerja berjam-jam di luar dan berikan pelukan mesra setiap kali dia pulang ke rumah. Kemudian, berikannya layanan yang selayaknya.

3. Ingin Masa Berdua Yang “Romantik”

Anda perlukan masa setiap hari untuk anda berdua. Masih ingat lelaki itu? Lelaki yang membuatkan jantung anda berdegup kencang? Lelaki yang anda impikan, yang membuatkan anda mengejar bintang dan tidak mahu berpijak di bumi nyata? Dia masih ada?

Lelaki itu masih lagi menyayangi anda dan memerlukan anda. Setiap malam selepas anda tidurkan anak-anak adalah peluang untuk anda berjumpa dengannya.

4. Ingin Hilangkan Stress

Seks mengurangkan tekanan atau stress. Saya tahu perkara ini tidak memerlukan penerangan lanjut. Sebagai seorang ibu, stress adalah makanan ruji harian saya. Jadi, saya ada pilihan;

A) Tidur tanpa memikirkan sesiapa.
B) Bermanja dengan seorang lelaki yang saya kahwini.
Sudah pasti saya sepatutnya memilih jawapan B.

5. Inginkan Keseronokan Dunia.

Ia sangat menyeronokkan. Serius! Kenapa anda perlu menolak benda yang baik dalam hidup anda? Kita bekerja keras membantu latihan sekolah anak kita, menyiapkan kerja rumah, melakukan Zumba dan macam-macam lagi tetapi apabila meminta suami melakukan seks setiap malam, dia akan memandang pelik dan berkata, “Awak gila?” “Orgasm setiap malam?” “Awak fikir saya seperti perempuan?”

Adakah anda pernah terfikir bahawa kita perlukan seks kerana kita layak mendapatkannya? Ya, anda layak mendapatkannya. Jadi, malam ini, selesaikan tugas seperti biasa dan bersiap sedia sebelum masuk tidur. Ambil masa sejenak untuk mengingati bahawa anda adalah seorang perempuan yang anda impikan dan carilah lelaki yang anda impikan. Ulang lagi, setiap hari.

#Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment