Wednesday, 23 June 2021

Penjagaan Kebersihan Alat Genital Lelaki


Hari ni nak share sikit pasal tips nak elakkan area batang dari berbau tidak menyenangkan. Ni lebih kepada hygiene je sebenarnya, just kena pastikan kawasan tu dicuci dengan sebersihnya. Lebih lebih lagi yang active bersukan tu. 

Biasa lelaki suka ambil remeh bab ni. Private part hygiene sangat penting ye kalau tak turn off lah partner korang. Baru nak ambil mood, nak cium cium kawasan tu, sekali berbau. Kesian member. 🥲

Anyway, tak boleh kata orang yang private part berbau ni bukan pembersih. Ada juga sebab lain kenapa batang boleh berbau, medical reasons. 

Antara causes yang I found out dari hasil pembacaan Adam, just summarize je lah ye. Sebab kalau nak scientific sangat, boleh teruskan pembacaan sendiri. 

#1 Smegma
Pengumpulan minyak semula jadi dan dead cells di kawasan batang. More prominent dekat uncircumcised dicks. Kalau banyak sangat terkumpul, tu yang berbau.  

#2 Urinary track infection (saluran kencing)
Usually because of sexual activities, kencing tak habis (sebab tu korang kena tos betul-betul lepas kencing), batu karang, prostat. Ni boleh rujuk doctor lah kot. Adam bukan ahli nya. But ada client share yang cranberry extract boleh bantu elakkan UTI. Bini dia doctor sarankan untuk amalkan. Minum je extract tu twice daily. Ada je kat Watsons/Guardian jual dalam botol. Sedap tau cranberry extract. Masam-masam sikit. 

#3 Balanitis
Ni bila kepala batang tu rasa radang. Mula mula macam nampak merah, then gatal-gatal. Dan kawasan gatal tu secretes liquid yang berbau. Kalau yang ni, better rujuk doctor. Rasanya dorang akan bagi ubat sapu dan antibiotik. 

#4 Yeast infection
Ni boleh jadi dari jangkitan from sexual partner yang ada yis juga. And boleh kena kat korang kalau tak cuci bersih bersih. Dia tumbuh fungus yang sebabkan bau hapak. 
 
Pakai sabun apa pun tak kisah yang penting pucuk pangkal dia, kena rajin jaga kebersihan private part, untuk keharmonian rumah tangga. ✌🏼✌🏼✌🏼

Sumber ilmu : Channel AdamHak90 Kesihatan Lelaki

No comments:

Post a Comment