Kajian menyatakan bau ketiak lelaki mampu membuatkan seseorang wanita itu menjadi tenang sekali gus mengurangkan rasa stres yang melanda minda.
Ujar kajian Human Biology Department dari University Pensylvania itu lagi, aktiviti mencium bau ketika lelaki turut membantu dalam menyeimbangkan hormon wanita.
Berdasarkan laporan Jurnal Biology of Reproduction America, bau ketiak lelaki yang asli serta tidak memakai deodoran telah dijadikan sebagai bahan eksperimen utama.
Bahan eksperimen itu kononnya dijadikan sebagai aroma minyak wangi baharu dan disapukan pada bibir wanita yang berusia 25 hingga 45 tahun.
Hasil kajian mendapati kebanyakan wanita yang terlibat dalam eksperimen itu bagaikan sedang tergoda selepas 6 jam dan mood mereka menjadi lebih baik berbanding sebelum kajian itu dilakukan.
Menerusi kajian itu lagi, pengkaji mengesahkan bau ketiak lelaki yang dihidu wanita benar-benar berkesan dan berfungsi sebagai terapi, selain dapat mengatur perjalanan haid.
Sehubungan itu, kaum lelaki terutamanya suami digalakkan sentiasa membersihkan ketiak masing-masing agar ia dapat dihidu dengan tenang oleh pasangan anda pada setiap masa.
Perkongsian ilmu oleh :
*http://www.wasap.my/+60135237966/hai_ijal*
Atau
*http://www.wasap.my/+60142516376/NakUrut*
Save no ijal ni...
Pape senang...
Ikhlas drpd..
Rosman Rizal Urut
No comments:
Post a Comment