Buat para lelaki, ketegangan zakar adalah indikasi yang
menunjukkan keupayaan anda dalam urusan seks. Namun, apabila zakar kerap
mengeras di waktu pagi, adakah ia normal? Atau sebaliknya. Ya, ketegangan atau
ereksi zakar di waktu pagi (atau dalam bahasa saintifiknya) dikenali sebagai
Nocturnal Penile Tumescence (NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal
apabila bangun pagi dan adakalanya berlaku pada waktu malam.
Yang pasti, semua lelaki pasti akan mengalami fenomena ini.
Dan ketahui lah, fenomena zakar mengeras waktu pagi bukanlah sesuatu penyakit
tetapi ia merupakan petanda yang baik yang menandakan anda masih lagi mampu dan
memiliki daya seksual yang sihat. Lelaki normal mungkin mengalami beberapa kali
ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga waktu bangun
tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak iaitu pada
fasa REM (Rapid Eye Movement).
Berdasarkan kajian dari Bancroft pada tahun 2005 dalam
Journal of Endocrinology, ketegangan yang berlaku ketika tidur adalah
disebabkan rangsangan saraf dari noradrenergic neuron yang dihentikan ketika
seorang lelaki sedang tidur yang diaktifkan oleh hormon testerone. Oleh itu,
jika anda tidak mengalami ketegangan zakar, bawa-bawalah berubat ye!
No comments:
Post a Comment