Zakar bengkok bukanlah suatu yang asing di kalangan lelaki. Ada zakar yang bengkok ke atas, ke bawah, kiri atau kanan. Rata-rata puncanya adalah disebabkan oleh kedudukan meletakkan zakar di dalam seluar dalam.
Zakar bengkok adalah sesuatu yang normal jika bengkokkannya tidak serius. Lengkokkan yang dikategori sebagai tidak serius adalah bengkokkan tidak melebihi 30° darjah.
Zakar bengkok yang normal adalah bengkokkan yang tidak melebihi 30° darjah, bengkokkan zakar tidak meningkat dan tidak sakit semasa melakukan seks. Jika anda mengalami kesakitan ketika seks atau bengkokan zakar anda semakin meningkat, anda mungkin mempunyai penyakit Peyronie.
Peyronie adalah keadaan yang menyebabkan berlakunya ereksi yang menyakitkan. Ia juga turut membentuk lenturan yang ketara pada zakar. Penyakit ini berpunca daripada tisu parut berserat di dalam zakar.
Antara punca penyakit ini ialah individu yang mempunyai saudara terdekat yang mengalami penyakit Peyronie. Terdapat sesetengah kes penyakit Peyronie berlaku tanpa kecederaan kerana mungkin terdapat gangguan sistem imun yang menyebabkan penyakit ini berlaku dalam sesetengah kes.
Adakah zakar bengkok boleh diluruskan? Zakar yang bengkok boleh diluruskan semula dengan perubatan atau pembedahan mengikut saranan doktor. Namun sekiranya zakar bengkok mendatangkan apa-apa kesan sampingan, doktor akan menyarankan anda sesuatu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat atau suntikan seperti Pentoxifylline, Para-aminobenzoat, Verapamil dan Kolagenase. Sekiranya masih tidak mendatangkan sebarang kesan positif, maka doktor akan mencadangkan agar pembedahan dilakukan.
Antara prosedur pembedahan umum yang akan dilakukan ialah menjahit sisi zakar yang lebih panjang (sisi tanpa parut atau plak). Harus diingatkan bahawa prosedur ini mungkin akan membuat alat sulit menjadi lebih pendek dan dalam beberapa kes, mati pucuk.
Transplan (insisi atau eksisi) akan dilakukan untuk memperbaiki kondisi zakar bengkok yang terlalu teruk dan ketara sahaja. Implan pula akan disuntik masuk ke dalam zakar bagi menggantikan parut atau plak yang dipenuhi darah semasa ereksi.
Sesetengah individu dengan penyakit Peyronie lebih suka menggunakan rawatan yang kurang menyakitkan seperti Iontopheresis yang menggunakan isyarat elektrik yang lemah untuk memindahkan ubat melalui kulit.
Terapi gelombang kejutan turut diguna untuk memecahkan tisu parut pada zakar.
Anda harus mengekalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, anda juga harus menjaga aktiviti seksual anda dan penjagaan kesihatan untuk pencegahan dan mendapatkan rawatan yang tepat pada masanya. Sila berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan yang terbaik untuk anda.
#ijalberkongsiilmu
No comments:
Post a Comment