Didalam tajuk ini, sebenarnya kita boleh membincangkan Berpuluh-puluh cara dan kaedah persetubuhan yang boleh dipraktikkan kepada isteri anda untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum.
Namun admin Cuba menyampaikan cara tersebut secara ilmiah, agar tidak nampak Channel ni sebagai Channel yang tidak bermoral. Ins Syaa Allah.
Memang jarang sekali para ulama membicarakan soal hubungan badan suami isteri ini. Sedangkan Al-quran dan hadis nabi dengan jelas menerangkan tentang hal suami isteri dalam hubungan kelamin dan tidak melarang dengan cara apa pun asal pada tempat yang telah ditentukan. Yang paling penting seorang suami seharusnya mencampuri isteri dengan baik dan menyenangkan.
Sebelum kita membicarakan tentang pelbagai cara persetubuhan dengan lebih lanjut, adalah baik kita memahami sebuah hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh shohih muslim yang bertepatan dengan soal itu.
Berkata Qutaibah bin Said bahawasanya telah datang Abu Bakar bin Abu Syaibah dan beberapa sahabat membawa masalah jimak kepada nabi saw. Kata jabir bin Abdullah:
"Adalah orang yahudi biasanya menyetubuhi isterinya dari belakang, tapi bukan pada duburnya, dan kata mereka dengan cara begitu akan menghasilkan anak-anak yang kuat dan cerdas otaknya"
Dalam hal itu nabi tidak memberi apa-apa jawapan lalu turun wahyu surah Al-Baqarah ayat 223:
"Isteri-isteri kamu itu sawah ladang kamu(tempat kamu menaburkan benih anak)maka campurilah isterimu, bagaimana saja kamu kehendaki. Dan bekerjalah mencari persediaan untuk dirimu. Dan awaslah hendaknya, kamu takut kepadaALLAH. Ketahuilah nanti kamu bakal menghadap kepada Dia. Dan bergembiralah hai orang-orang yang beriman"
Dalam ayat ini ALLAH menerangkan bahawa isteri itu ibarat sawah untuk menabur benih anak, maka tidak dilarang orang menjimak isterinya dengan cara apa saja yang disukainya asalkan pada tempat yang halal dan ditetapkan. Dan yang dimaksudkan dari penaburan benih itu adalah untuk menghasilkan anak yang akan menjaga dirinya dihari tua selain dari itu agar anak-anak mendoakan akan dia sesudah matinya.
Itulah maksud persetubuhan yang dilakukan oleh suami isteri. Jadi bukan buat melampiaskan nafsu berahi sahaja. Inilah tujuan utama. Dan seterusnya sambungan ayat itu diteruskan yang bermaksud:
"Hendaklah orang-orang mukmin menyambut dengan gembira atas nikmat dan kurnia, dan bersyukur akan nikmat tuhan itu serta mempergunakan dengan tujuan yang baik dan mulia, dan tidak diselewengkan untuk tujuan yang negatif dan yang dilarang oleh agama"
Bagi pasangan pengantin baru, adalah perlu untuk mengetahui dimana letaknya letak liang senggama wanita kerana jika salah caranya menyebabkan isteri anda merasa tidak selesa dan kesakitan malah akan membahayakan dirinya.
No comments:
Post a Comment