Berikut adalah fakta menarik biji kelentit yang ramai tak tahu, suami mahupun isteri.
Biji Kelentit Adalah Amat Sensitif
Biji kelentit mempunyai 8000 saraf. Untuk membuat perbandingan, zakar hanya mempunyai 4000 saraf. Ini membuatkan klitoris atau biji kelentit adalah organ yang paling sensitif pada tubuh wanita. Walaupun saiz biji kelentit kecil, sensasi yang dihasilkan daripada rangsangan biji kelentit boleh tersebar ke seluruh bahagian pelvik wanita, dan akan mempengaruhi 15000 saraf yang lain!
Saiz Biji Kelentit Sebenarnya Besar
Ya saiz biji kelentit sebenarnya adalah besar. Biji kelentit yang kelihatan pada alat sulit sebenarnya cuma 1/4 daripada saiz sebenar biji kelentit. Selebihnya berada di dalam tubuh. Ini bermakna organ ini tidak boleh dipindahkan. Sebenarnya biji kelentit boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti kepala biji kelentit, tudung batang biji kelentit, span salur kencing, dan kaki biji kelentit. Cuma kepada dan tudung biji kelentit sahaja yang tertonjol keluar pada alat sulit.
Biji Kelentit Adalah Klon Zakar
Struktur fizikal biji kelentit adalah hampir sama dengan struktur zakar. Biji kelentit mempunyai kelenjar, kulit, tisu ereksi dan batang, sama seperti zakar. Dan seperti yang anda tahu, biji kelentit akan mengeras apabila wanita menjadi ghairah dan terangsang, sama juga seperti zakar. Yang bezanya cuma biji kelentit tertanam di dalam tubuh, dan zakar berada di luar tubuh.
Tumbesaran Biji Kelentit
Biji kelentit melalui proses tumbesaran seperti juga anggota tubuh yang lain. Tumbesaran ini berlaku selari dengan perubahan hormon pada tubuh badan seorang wanita. Apabila baligh, saiz biji kelentit akan meningkat, sehingga dua kali lebih besar. Dan apabila seseorang wanita mencapai umur 30-an, saiz biji kelentit boleh membesar sehingga empat kali ganda dari saiz asal. Ia tidak berakhir di situ, di mana selepas putus haid, saiz biji kelentit akan membesar sehingga tujuh kali ganda daripada saiz ketika dilahirkan!
Hanya Untuk Seks
Banyak bahagian atau organ yang sensitif pada tubuh badan seorang wanita. Tetapi setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi asal yang lain, dan hanya digunakan sebagai sampingan untuk rangsangan seks. Contohnya fungsi sebenar payudara ialah untuk menyusu, tetapi boleh juga digunakan sebagai organ seks. Tetapi biji kelentit wujud semata-mata untuk aktiviti seks. Ya, biji kelentit tidak mempunyai fungsi lain melainkan untuk dirangsang, dibelai dan digomol untuk menaikkan nafsu wanita.
Semua Wanita Boleh Klimaks Dengan Biji Kelentit
Ramai suami yang belum tahu akan fakta ini. Jangan terkejut jika saya katakan hanya lebih kurang 30% wanita sahaja yang boleh klimaks atau orgasme dengan tujahan zakar. Selebihnya? Rangsangan biji kelentit.
Oleh itu rugilah jika para suami tidak menggunakan info ini untuk membuatkan isteri mereka klimaks dan pancut dengan menggomol biji kelentit isteri.
Saiznya Berbeza
Ada biji kelentit yang kecil, ada yang besar. Ada pula biji kelentit yang bersaiz kecil(termasuk yang tertanam di dalam tubuh) tetapi menonjol keluar lebih daripada yang lain. Ada biji kelentit yang gemarkan sentuhan yang lebih kasar, dan ada pula yang terlampau sensitif dan perlu dibelai dengan penuh hati-hati. Setiap biji kelentit yang terdapat pada tubuh badan wanita adalah unik, seperti tuannya. Jadi menjadi tanggungjawab para suami untuk mengenali karekter biji kelentit isteri anda, berkenalan dengannya, dan bagaimana untuk membuatkan ia jatuh cinta dengan anda.
Menarik tak fakta biji kelentit ni? Saya pasti bukan sahaja para suami, tetapi ramai para isteri yang masih belum tahu tentang fakta-fakta ini. Saya berharap artikel kali ini dapat memberikan ilmu dan manfaat untuk meningkatkan kualiti hubungan suami isteri anda.
Semoga bermanfaat...😘😘😘
No comments:
Post a Comment