Walaupun semasa bersetubuh, jangan biarkan diri anda lalai daripada mengingati Allah. Biarlah pancutan air mani anda keluar sambil anda mensucikan dengan kalimah zikrullah. Semasa anda masukkan zakar, berzikir dalam hati dengan kalimah Allah, semasa hendak menariknya juga dengan zikir. Begitulah seterusnya. Semasa dayungan sorong tarik, hati anda terus berzikir dengan Allah. lni bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi, dan dari segi psikologinya ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan keJakuan jimak anda, serta melambatkan keluarnya air mani. Di samping itu, biasanya anak yang dilahirkan sukar untuk berpenyakit sawan.
Baca doa ketika anzal/orgasme Ketika anzal atau terpancar mani, maka bacalah pula doa berikut di dalam hati dan jangan membaca secara Iisan atau menggerak kedua bibir, kerana dilarang menyebut nama Allah ketika hadas besar. Tetapi menyebut di dalam hati tidak dilarang.
Doanya adalah seperti berikut:
Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan mushâharah, dan adalah Tuhan-mu Maha Kuasa. - Al Furqan, Ayat 54
Ada pula fatwa menganjurkan agar semasa terpancar air mani (anzal), ucaplah "La ilahaillallah Muhammadur Rasulullah" di dalam hati, bukan dengan lidah atau secara berlafaz. Tujuannya ialah untuk mengislarnkan benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat.
Kebiasaannya, orang cuma mengazan atau memperdengar-kan kalimah syahadah, apabila anak baru lahir, tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengIslam zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah yang disebut di atas.
Ketika menyebut di dalam hati itu, hendaklah disertai dengan niat agar benih itu menjadi insan yang soleh. Orang yang memberi petua kaedah ini kepada saya telah pun meninggal dunia dan ilmunya sekarang saya sebarkan kepada umum, semoga Allah memberi pahala kepadanya apabila ada yang mengamalkannya
Saya masih ingat pesanannya: "Manusia ketika ibadah ingat kepada Allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah, padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih yang suci yang mana pihak lelaki tempatkannya selama 40 hari didalam rahim isterinya. Datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kami dengan jimak haiwan dan dengan jimak orang yang kafir, juga dengan jimak orang yang jahil yang berjimak semata-mata untuk memuaskan nafsu”
No comments:
Post a Comment