Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk merawat
tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya dengannya, untuk
merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.
Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk
meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan
flexibiliti.
Urut ini diamalkan oleh
orang-orang Melayu melalui proses turun temurun. Kalau dahulunya orang-orang
yang mendapat ilmu mengurut adalah melalui keluarga mereka yang teratas seperti
dari nenek, datuk, emak dan bapa. Mereka percaya bahawa tanpa
diturunkan melalui pemindahan dari keluarga kepada keluarga maka
seseorang itu tidak boleh mengurut. Lagi satu cara seseorang boleh memperolehi
ilmu mengurut itu adalah dengan mendapatinya melalui mimpi. Cara mereka
memperolehi ilmu ini adalah pemberian tuhan yang maha esa. Seseorang yang
menghidapi sakit yang teruk seperti demam teruk, sakit seluruh
badan yang teruk atau seseorang yang hidupnya terlalu susah, miskin dan
menderita juga
boleh mendapati ilmu mengurut ini dengan cara bermimpi. Kurniaan ilmu
ini melalui mimpi oleh
Allah S.W.T. adalah semata-mata untuk menolong orang-orang yang
tertentu yang hidupnya
terlalu susah dan menderita. Orang-orang tertentu dan terpilih ini di
beri ilmu ini untuk
membantu orang lain dan juga membantu diri mereka sendiri. Sejak lama
dulu perkataaan urut memang telah lama kita dengar dan begitu sinonim dengan
orang bersalin, tersalah urat dan terseliuh. Hanya makcik dan pakcik di kampung
yang praktikkan teknik urutan ini. Kini, urut sering dikaitkan pula dengan spa
di mana untuk kita releks dan memanjakan tubuh.
Juruterapi urutan pada kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari,
jari, siku, knuckle dan kadangkala kaki untuk memberikan tekanan pada otot pada
tempat-tempat yang sesuai.
Apabila diamalkan secara betul, urutan dapat mempercepatkan proses
penyembuhan otot yang cedera iaitu dengan meningkatkan bekalan oksigen kepada
otot yang rosak itu.
Urut tradisional Melayu adalah amalan orang-orang Melayu di Malaysia
sejak berkurun lamanya.
Di sini sahih bahawa urutan ini adalah salah satu cara terapi
tradisional yang diiktiraf
bukan sahaja masyarakat seluruh dunia malah oleh tuhan juga.
Orang-orang Melayu percaya
bahawa proses begin! selalunya tidak boleh di pindah ajar kepada pihak
ketiga. Hanya dari satu
pihak kepada pihak penerima. Tetapi berlainan pula dizaman moden ini
ilmu mengurut
tradisional Melayu boleh diajar dan boleh dipelajari melalui seorang
guru yang mahir kepada
seseorang yang lain dengan bayaran yang ditetapkan tanpa terdapat
apa-apa pantang larang atau syarat-syarat yang terlalu ketat. Pembelajaran
mengurut ini diperolehi melalui syarat zahiriah. Tetapi boleh dimantapkan lagi
dengan ditambah beberapa pendindidng atau mukjizat beberapa ayat Al-Quran yang
terpilih (bagi orang-orang Islam sahaja)
Masyarakat Melayu kita mempercayai bahawa terdapat beberapa petua yang
harus dipatuhi ketika kita membuat kerja-kerja mengurut. Ini adalah untuk
mengelakkan sampukan, badi daripada orang-orang yang kita urut. Tetapi setelah
penulis melalui pengalaman bekerja dengan orang-orang Barat dan Eropah dan
setelah berpeluang mengurut mereka, tidak dinafikan mereka juga percaya akan kewujudan
perkara-perkara halusinasi dan kaitan kaitan antara pesakit dan juga tukang
urut. Terdapat seperti contoh tukang urut akan mendapat penyakit yang sedang
dihadapi oleh pesakit seperti, demam, sakit bias-bisa tulang dan lain-lain.
Kadang-kadang terdapat tukang urut yang mengalami kekejangan di jari
jemari dan pangkal
lengan. Ini semua menunjukkan bahawa benda-benda halusinasi ini wujud.
Tetapi adakah anda
tahu cara untuk mengatasi masalah ini. Bagi orang-orang Cina dan Jepun
mereka akan
memakai atau menyimpan batu kristal yang berwarna putih di badan mereka
ketika
menjalankan tugas mengurut. Mereka percaya bahawa kristal berwarna
putih akan dapat
membantu mereka daripada serangan benda-benda halusinasi dan
menghindarkan diri mereka
daripada mendapat penyakit berpindah dan ada daya mengawal diri mereka
(wallahualam).
Berlainan pula dengan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam, kita
bolehlah memakai
sedikit pend-inding atau membaca beberapa surah seperti AL-Fatihah,
Surah Al-Asr dan Surah
Al – Kursi.
Disamping surah-surah ini anda juga boleh berselawat nabi sambil
menjalankan tugas anda. Kita kena yakin dan bertawakal. Selain daripada yakin
dan bertawakal kita juga harus ikhlas bila melakukan kerja-kerja mengurut dan
selalu diiringi dengan niat yang positif iaitu membantu memulihkan kesihatan
pesakit kita. Apabila kita memegang badan orang lain telah berlakunya pertemuan
tenaga dan aura kita dengan pesakit tersebut. Sebab itulah salah satu cara lagi
untuk kita menga-wal diri kita ialah dengan belajar mengenai aura dan tenaga
dalaman. Apabila kita tahu mengenai aura kita akan lebih yakin dan kita
akan memakai pakaian yang berwarna aura kita sahaja yang boleh menjadi warna
perisai kita dan dapat menjadi warna
kawalan untuk diri kita.
Kalau kita mengurut orang-orang yang bukan Islam sekalipun kita perlu
memulakan gerak kerja kita dengan kalimah bismillah. Kalimah ini adalah untuk
diri kita. Kita telah maklum bahawa kalimah bismillah telah diturunkan oleh
Allah S.W.T. lebih awal iaitu seawal 700 tahun sebelum datangnya Islam. Ini
amat berkesan untuk membantu kita di dalam kerja yang boleh dikatakan bukan
mudah dilakukan oleh semua orang. Tetapi menjadi mudah dan menyeronokkan
sekiranya kita melakukan dengan tujuan ikhlas untuk menolong dan membantu.
No comments:
Post a Comment